Day 1: Pulau Indah-Beranang-Sg.Lembing 1/11/2014
Ape ade ek kt Sg.Lembing tu??Jom ikut Mah.Perjalanan ke Sg.Lembing memakan masa lebih kurang 4 jam.Perjalanan melalui highway Karak-LPT.Amik exit Kuantan dan belok ke kanan untuk ke Sg.Lembing.Utk sampai ke Sg.Lembing dari Tol Kuantan memakan masa dalam setengah jam.Berhati2 sewaktu melalui jalan ni sbb bnyk kera.Gem Lil dah langgar seekor sbb tibe2 je kera tu melintas.Kami sampai ke chalet dlm pukul5 p.m.Nak tau apa istimewa chalet ni??Jeng jeng..
![]() |
| Kapsul |
![]() |
| Bilik standard |
Chalet ini dinamakan Time Capsule Retreat yang terdiri daripada kolong/parit yang pastinya tarikan utama pengunjung utk menginap di sini.Lokasinya terletak betul2 depan muzium lombong bijih timah Sg.Lembing.Harga utk 1 malam adalah RM118 dan boleh memuatkan hanya 2 org tetamu dewasa.Kemudahan sangat asas.Hanya ada tilam queen,aircond,lampu dan point letrik.Bilik air/mandi dekat luar.Kami pegi berempat.Disebabkan masalah komunikasi pada awalnya kami diberikan 2 bilik standard yang terletak di dalam rumah.Selepas berbincang dgn tokey,kami dapat 1 unit kapsul dan satu bilik standard.Ok gak amik bilik standard sebab bilik air dlm bilik dan pastinya lebih selesa utk bersiap dan solat.So Mah hanya tido dlm kapsul.nak mandi dan bersiap kt bilik atas..hehe.Turut disediakan kemudahan utk berBBQ dan kos adalah RM30.Anda hanya perlu bawa bahan mentah.Arang dan tempat BBQ ada disediakan.jgn risau Maria akan bantu anda utk mengipas arang.hehehe.Tip top services..Malam tu kebetulan Final antara JDT dan Pahang.Lps bbq terus naik tgk tv.TV disediakan di ruang lobi.Serius rasa macam kt rumah kampung.Malam tu tido awal sbb esok nk g Rainbow Waterfall pukul 6a.m.
![]() |
| Kapsul pada waktu malam.Aman damai je uolss |
Day 2 : Rainbow Waterfall 2/11/2014
Seawal 5.15am Gem Gem dah bangun sebab trak akan datang amik kul6.Mandi pon tak.Kami bawak bekalan roti/sardin/air untuk ke waterfall.Konsep piknik katanya.hihi.Memang rare naik pick up ni.Kerusi tambahan dibuat di sebelah belakang dan boleh muatkan dlm 12 org.Kami dibawa utk sarapan di food court yg terletak di pekan kecik Sg.Lembing.Yang ada cuma kedai cina.So kami makan roti bakar dan air panas je.Kopi dia mmg kaw..fuhhh..Perjalanan ke Waterfall mengambil masa selama 1 jam dan melalui denai tanah merah okeh.Ada 2-3 kali lalu anak sungai dan lecah.Mmg sgt adventure.Hilang ngantuk weh.Bila dah smpai kat base camp,ingt dah sampaila.Alahai nak kena hiking lg dlm setengah jam.Kena hiking ikut air terjun lak tu.Rare..haha.seb bek kali ni Mah x muntah.Sbb bila hiking,confirm akan muntah sekali..pitamm....Sampai je kt atas tu,Subhanallah betapa indahnya ciptaan Allah Taala.Air yg turun dari atas dan pastinya pelangi hanya berada atas kepala je.Sgt teruja okeh..Terus Gem Gem terjun kolam tu..sejuk ohoooii..
Pelangi atas kepala je
Subhanallah..cantik,indah..
Kos untuk Rainbow Waterfall ialah Rm40/pax.Makanan disediakan seperti megi dan milo panas sewaktu kt atas tu.Best o makan megi dan minum milo panas sambil mandi air terjun.Kami lepak kat situ sampai kul11 sbb nak kena check out kul12.Kami p 2d1n jer.Anyway thanks to Ah Teck yang jadi tour guide kami.Dia juga pakar mendirikan batu atas batu.cane tu??ermm gambar dlm gopro Lil Gem.x dapat nk upload kat sini.huhu
Times up to check out.Meh kita bergambor dgn tokey sblm balik ye.
![]() |
| Time Capsule Retreat Sg.Lembing,Kuantan |
Aktiviti diteruskan ke muzium Lombong Bijih Timah yang hanya terletak sebelah kapsul.Ada caj yang dikenakan. Lupa lak berapa hengget..Sampai je depan tu,korang akan dibawa menaiki tren utk masuk ke dalam lombong.dlm 2 minit je.Selebihnya kenala berjalan kaki masuk ke dalam.Banyak info mengenai aktiviti perlombongan bijih timah yang disediakan.
![]() |
| Pelombong alaf baru.hew hew |
Ada jugak muzium Sg.Lembing tapi kami nak rushing ke Kuantan lak sebelum bertolak balik ke KL.Pendek cerita banyak aktiviti bole dibuat sepanjang berada di Sg.Lembing.Anda boleh menyewa ATV dengan kos RM50/pax utk ronda2 sekitar pekan Sg.Lembing,berkayak di Xcape Resort,flying fox dan juga jungle trekking.Bergantung kepada minat dan kos anda ye.
Sampai juga lagi.15-18/11 ni Mah akan ke Jodga..yeayy..Trip dgn geng Chengdu aritu..dapat tix flight dan hotel dgn hanya RM173 sorang pastinya di Air Asia Go..ho yeahhh..Bye...






