Rabu, 12 Mac 2014

Oh My Kelantan Nov 2013

Hye Uols.Kali ni Mah dan Ebby wat keje giler.P kelantan day trip je nok nek flight Air Asia.Memandangkan Mah xnah jejak Kelantan,Mah pon setuju bila ebby ajak wat keje giler ni.


Pagi2 iols dh terpacak kt OU sbb nak nek bus Skybus ke LCCT.Boleh rujuk waktu perjalanan di cni --> http://skybus.com.my/schedule/ .Macam iols yg duk Damansara ni kami prefer gerak dr OU.parking pon per entry RM4.okla kan tu.ni la rupa bas tu.jgn lewat okeh sbb bus gerak tepat pada masanya.


Dalam sejam sampai LCCT sbb reta x bnyk kan kt hiway ELITE tu.dan la lena sat.Kami naik flight yg pertama di suboh ari.kul 630 am klu x silap.Ebby pon dah bole tahan tahap ke'excited'annya..hihihi.Sampai je kt Airport Kota Bharu teruih kami terpa p sewa reta.rate utk viva manual rm80 klu x silap.Nak jadi crita masa nk isi form tu,Ebby baru prasan ic dia xdak.adoi menggagau cari.dia berlari naik ke aircraft takut jatuh masa dia gedik2 nk amik gambar kt tube tu.haihh x jupa lak.xpala nnt kita setel.Jom p jalan dulu.pagi tu hujan renyai.Ebby ajak p sekolah lama dia yakni MRSM Pengkalan Chepa.Mah selaku drebar bawakla reta sbb ebby xdak lesen dan mmg x reti drive.ngeeee..




Ebby mengenang kesah silam






  Habis 1 sekolah kami pusing dgn kebenaran pak guard.Rupanya pak guard kenai lg ebby.baguih hang no.Mah ni dulu sekolah biasa ja.xdakla smpi tahap masuk SBP kan.jadi Mah tumpang posing jela.


Motip ada kon biru kat ctu








Perjalanan diteruskan ke Pasar Siti Khadijah menggunakan khidmat GPS.Pasar Siti Khadijah ni terkenal dgn kuih muih nya yg beraneka,sayur2 segar,ada jual makanan yg sedap dan murah mcm laksam,nasi kerabu,udang celop tepung dan jugak bahan2 kering serta pakaian.Apa yg nak semua adala.siap duit ja.Kali ni xdakla berkira sgt mcm kt Singapore dulu..hahaha










Dengan harga RM3 anda boleh dapat makan laksam dan teh ais okeh.laksam nye banyak dan sedap.si ebby pagi2 dah rembat udang tepung.x mahai pon.Awatla Mah x reja kt Kota Bharu kan.uhuk uhuk.Lepas dah makan dgn kenyangnya kami pon bergerak menuju ke tepian Sg.Kelantan tu.Ada deretan muzium kt ctu.Mula skali kami panjat menara yg ada kat ctu.leh nampak view dari atas.



Habis dah mendaki tangga yg agak curam tu,kami pon turun la p muzium sebelah tu.Muzium Memorial Perang yang menceritakan sejarah peperangan yg telah berlaku di Kelantan pada masa silam.Kena bayaq ni.singgit kot.Ok Mah lupa lagi.hahaha





Habis dah melilau 1 memorial tu kami p kat Kompleks Kraftangan lak.seberang jalan je uols.Ada restoran Ulam ape tah.disebabkn masih kenyang kami minum jela sbb haus.Oh baru Mah ingat.Kami p Kota Bharu ni ari Jumaat.erk kantoi Ebby x p semayang Jumaat.opsss...Kat ctu ade mcm 1 pusat budaya la.ada pameran baju golongan bangsawan,pameran lukisan dan ada jugak kedai cenderamata.Mcm biasa Mah borongla sebutir dua.




Dalam duk melilau kat ctu otak ni ligat nak p mana lg.tnya org kt ctu klu nk p rantau panjang jauh tak.dorang ckp jauh.tambah2 lak org x besa.err Mah xmo tanggung risiko.kang x pasal terlepas flight mlm.Jadi kami decide nk p Pantai Cahaya Bulan dgn bantuan GPS.Dengan matahari teriknya kami pon berlindung kt gerai makan ni.orderla megi ketam dan yg celop2 tepung tu.




Tak mahai sangat weh.Affordable.Compared to Penang,mampuih mahai.wlpn chek org Penang,mmg xbole trima akai rega depa boh kt Padang Kota tu.



Duk pikiaq2 mana nak p.Ebby ajak p Bachok.round kt kampung belah ayah dia.ok gak tu.jalan2 masuk kampung org kan.Ebby ni wlpn keturunan Kelantan tp dh berkurun x balik kg.Start reta teruihla p.tiba2 Mah rasa mcm familiar dgn nama daerah kt ctu.erk kampong ex boyren Mah rupanya..ngeeee



Stering Viva ni bukan power stereng ok.berketui2 otot Mah timbul.aiyakk
So dh pusing2 Bachok tu kami patah balik ke PCB sbb dh xtaw nk p mana.hahaha.skli lagi lepak makan.tgk ada org juai layang2.apa lagi rembat 1 la.






Masing2 muka dah letih.mau tak letih.kui3a.m dah terpacak kt OU kot.Tgk dah time,kami pon blahla menuju ke Airport Kota Bharu.Sampai airport Ebby p jupe polis bgtaw ic hilang.sbb skrg dah xyah wat report.trs ke JPN je.bkn apa takut x lepaih nek flight.seb bekla dia bwk passport.Dan la Mah lepak makan kt O'briens sementara tggu gate bukak.Letih sgt dah.smpai xbole bukak mata.Flight delay lak.menyandaq la kt krusi tu dulu.

Jadi inilah pengalaman pertama 1 day trip yg Mah serik dah nk wat.penatla..dgn umoq yg x brapa muda ni mana mungkin Mah bertahan.hahahaha.But im so happy and glad to have a bff with same interest and hobbies.Jumpa lagi next episod dalam Singapore Trip Dec 2013 :)

Tiada ulasan: