Isnin, 7 April 2014

Oh My Travel to Kuching 3-5 April 2014

Alhamdulillah Mah telah selamat pergi dan balik ke Bandaraya Kuching pada minggu lepas.Sangat sronok dan enjoy di sana.Pengalaman yg sangat menarik dan besh utk dikongsi dgn uols.Lets check it out.Yeayy

Day 1:

Pintu masuk Tune Hotel.Opposite to Hotel Hilton Kuching




Flight berlepas pada 9.45a.m Khamis 3/4/2014.Seperti biasa Mah naik Skybus la dr Ou-LCCT.Kete parking je kt ctu dgn kadar RM2 per entry pada weekend dan RM4 per entry pd hari biasa.Murah kan.selamat lagi okeh.Tambang ke LCCT adalah RM15 jika beli kt kaunter.Klu beli online dpt diskaun :).
Penerbangan ke Kuching mengambil masa selama sejam setengah.Mah dah booking kete dari http://www.keretasewadikuching.com.my/ . Kos utk Viva elite auto hanyala RM70 per day.ikutkan tu harga Kancil.Beruntung sgt dpt jupe tokey kete ni Kak Aya dan suaminya En.Suffian.So friendly.Dorang cadangkan iols amik bilik kt Tune Hotel memandangkn kitorg lum book hotel pon.gamble katanya.hihi.Bila sampai airport,Kak Aya dh tggu kat Arrival Hall dan dia bwk kami utk amik kereta di Tabuan.Lps tu dgn bantuan GPS,kami pon smpi di Tune Hotel.mula2 tu ricki harga dulu.then g round kt area ctu kot ade hotel yg murah.tp bile tgk environment yg agak ngeri,patah balik dan trs check in Tune Hotel.hahaha..

Tips utk tempah bilik di Tune Hotel:
1- Towel dan toiletries kena sewa.klu nk jimat bawak towel dan sabun sndri
2- Amik aircond 12 jam sudah.Ko bukan nk duk lama2 kt hotel tu
3- Takyah la amik tv sbb masa bnyk kt luar.nk tgk baek xyah g melancong.Giteww :p

Tempahan hotel dibuat secara online.Mmg tu la rules dia wlpn ko dtg walk in


Aktiviti ptg ni adalah naik River Cruise .Iols dapat voucher 50% off okeh.Harga asal RM60.so dptla RM30.Perjalanan dalam 1jam setengah menyusuri Sg.Rejang.Fefeling nek star cruise.hew hew.
Starting point kt Waterfront


Kapal persiaran
Sajian percuma:Air oren free flow dan sekeping kek lapis
Pemandangan dari atas kapal
Lepas dah fefeling kat atas kapal tu,perut lapar la plak.Destinasi seterusnya ialah TopSpot Seafood yg terletak di Aras 6,Bangunan TopSpot.Dekat je dgn tugu kucing tu.Kat cni ada bnyk gerai yg menjual makanan laut.Kebanyakkannya gerai Cina.tp ada yg halal.Utk pertama kali,kami cuba di Gerai no.3 iaitu Muslim Seafood.Segar2 belaka ok.Jadi kami pilih ketam sekor,ikan terubuk sekor dan sotong sekor.sebab yg nk mkn tu 2 org je nok.hew hew..Kos terkorban adalah RM64 je.Kalau kat Port Klang mau p 100 tu.Makanan sedap dan murah.Thumbs up :) .Lepas dah letih makan,yela gigit ketam yg keras tu dgn nk perasing tulang terubuk,letihla..terusla Mah blk hotel tido.Jgn bazirkan aircond sbb 12 jam tu utk 3d2n okeh.Pandai2 la adjust masa ye.

Day 2:

Aktiviti utk hari kedua agak padat ye.Perlukan stamina yg tinggi.hihi.Ape2 pon kite g makan dulu.Pastinya mee kolok yg dicari dulu.Rasanya mcm megi goreng indo mee tu.gaul2 dgn kicap.lps tu disediakan sup.kiranya makan bersulam dgn sup la.Restoran yg kami makan ni betul2 blkg Pullman Hotel.Warung Nusantara namanya.Roti canai dia sedap.Ni org Kuching yg ckp sndri taw dan terbukti sedap.Mee kolok je liat.ermm..
Perjalanan diteruskan ke Semenggoh wildlife Centre.Dinasihatkan utk berada di sana pd waktu makan iaitu 9a.m klu nk tgk Orang Utan tu dtg makan. Sila rujuk utk maklumat lanjut --> http://www.sarawakforestry.com/htm/snp-nr-semenggoh.html .
Anda boleh beli tiket masuk di pintu pagar utama.Kenderaan seperti van/kereta dibenarkan masuk hingga ke dlm sbb jarak 1km dari depan nak ke feeding centre tu.Sempat lagi iols tumpangkan family dari Poland ni sbb jauh nak jalan tu.

Tiket masuk berharga RM5 utk dewasa

Nampak tak org utan tgh bergayut tu??

Trek utk pergi ke feeding centre.x jauh pon dlm 5minit jalan kaki



Selepas tu Mah pegi Jong Crocodile Farm lak.Banyak spesies buaya yg ada kat ctu.Selain tu ade jugak haiwan lain mcm memerang,kera,burung,ikan,kura-kura dll.Bayaran masuk adalah RM16 utk Bukan Sarawak.Namun jangan bg high expectation ya bila dtg cni sbb keadaan dlm farm ni mcm tak terurus.Ok bagus dtg masa waktu Feeding Time iaitu pada jam 11a.m dan 3p.m.






Hbs je round kt Jong Crocodile Farm,Mah terus bergerak ke Kg.Budaya Sarawak yg terletak di Damai dgn bantuan GPS.Bayaran masuk adalah RM60.Kami sampai di Kg Budaya Sarawak dlm pukul 3.dah lewat sebenarnya sbb tempat ni ditutup pukul 1645.Banyak rumah-rumah kaum bumiputera Sarawak yg dipamerkan beserta aktiviti harian mereka.Kami sempat masuk beberapa buah rumah je sbb pukul1600 dah start tarian kebudayaan.

on the way singgah minum ayaq nyoq sat

Manok pansuh sangat..











Berhadapan dengan Kg.budaya ialah Pantai Damai.Dekat cni ada Damai Resort.bagi yg berkemampuan bolehla menginap di sini sebab pemandangan Laut China Selatan yg cukup indah.Bole jgk mandi laut dan fefeling sunbath okeh.
Lepas tu kami pegi Kubah Ria di Satok.Ada pasar basah dan juga kompleks yg menjual baju,kek lapis dll.Mungkin kami pergi hari biasa jadi tak de gerai-gerai yg dibuka.Kebetulan ada klinik gigi,si Ebby p cuci gigi dia.dan lagi nok ni taw.Murah katanya compared to KL.Kami spent masa kejap je kt Kubah Ria sbb takde pape.Terus balik hotel dan mandi.Malam kami kuar balik dan pergi ke seberang sungai utk beli kek lapis.Tambang sampan adalah RM1 sehala.tak sampai 5 minit dah sampai seberang.Mah ingat nak cari kedai kek Dayang Salhah yg glamer tu.tp x jupe lak.Yang jupe 1 kedai kek yg kecik betul2 belakang foodcourt.So borong kek kat situ je.RM10 je utk sepotong kek yang ade pelbagai perisa.Kemudian tingin nk beli ikan terubuk masin.Ade jual depan Myra Cake House.Mah beli 2 ekor je utk akak2 tercinta.Then masuk dlm Myra Cake House lak.Mah wat comparison between kek Myra dgn yg Mah beli kt kedai kecik tu,kedai kecik lg sedap.Lupa la nama kedai makcik tu.aiyaa..tapi dia lg sedap compared to Myra.
time tu lak hujan.Berlari-lari kami ke food court sbb nak makan.Lapar kot..Mah try nasi goreng ape tah yg ade buah pahit tu.Ebby lak order nasi goreng terubuk masin.Habis makan trs lik hotel dan tido.

Myra cake House

Day 3:

Okey hari terakhir ni kawan Mah yg duk Kuching nak bawak jenjalan.Thanks Kannan and wife yg sudi bawak kami jalan.Itinerary utk arini ialah Serikin yg terletak di Sempadan Malaysia-Kalimantan.Sebelum tu kami g bekpes kat Plaza ape ek yg ade mee kolok sedap tu.Macam stesen bas lompat-lompat kat situ.Aiyakk lupa oi.Perjalanan ke Serikin ada dlm sejam kot.Serikin ni mcm Padang Besar la kt sempadan Siam tu.Macam-macam benda ade.Mah dah target nak beli kain batik borneo.dapatla kain batik lepas dgn harga Rm12 slp ditawar.Tengs lg pd Kannan yg pandai menawar.ngeee..Disebabkan cuaca panas,Mah takdela beria-ia sangat nk tawaf Serikin tu.window shopping aje..

Kannan beria-ia tengok telur penyu..opsss

Dalam hati nak borong periuk tu..alahaiii

Lepas Pasar Serikin,kami singgah Tasik Biru.Tasik Biru ni adalah bekas lombong dan disebabkan bahan kimianya tu yg buat air jadi warna kebiruan.Cantik.leh wat pre-wed photography kt sini.erkk...

Tn.Kannan dan wifey :)

Kemudian kami ke Gua Angin.Utk masuk ke gua angin ada bayaran masuk dikenakan.Anda juga perlu menyewa torchlite kerna keadaan mmg gelap gelita dlm gua.Ada disediakan trail utk anda berjalan di dalam gua.Satu pengalaman indah wat Mah sbb x penah masuk gua.

Mah dan Pah di pintu gua



Kami teruskan berjalan ke sungai yg ade di belakang gua.Arus sungai agak deras dan airnya keruh.Ada amaran diletakkan untuk tidak mandi di sungai tu disebabkan arusnya yg kuat.ada satu family duk ber'bbq' kat ctu.Dorang mandi tepi gigi air je.

Kemudian kami menghala balik ke Kuching.Misi pastinya tugu Kucing meow meow.Sebelum tu singgah pusat aquarium yg ade di Bandar Kuching.konon nk g muzium tp tutup.Kemudian kami berjalan di waterfront sebab nak cari souvenier.Banyak kedai souvenier di sini.Yang penting pandai menawar.daptla murah skit.Di tugu kuching ade lak org duk shooting kat situ.Program ape tah.Mah selit aje sbb ni je peluang ade.Aku dah nak balik oi..haha

Kemuncak di Kuching.nampak pompuan blkg tu??tula host program ape tah..

Perut dah lapar..So kita ulang Top Spot ar..kali ni try kedai lain lak.yang penting halal ye.Harga memang murah dan masakan dia pon sedap.Ada air tebu mix asam boi.sedap oh




Okeh Kannan nak bawak g Taman Sahabat sebelum anto g airport.Ade kolam ikan dan tugu persahabatan antara Malaysia-China,Fefeling ade kat China kononnya.Kalau ade air pancut bercahaya dan de muzik mesti lagi best.So we walked around and having a mint icecream.fuh mcm telan ubat gigi.ebby la ni pilih flavour..

Chengdu,Sichuan..eh eh eh

Sampai masa nak berangkat balik.rasa tak cukup masa nk habiskan jalan di kuching ni.Macam dah jalan banyak tapi ade gak tertinggal tu.Anyway thanks a lot to bloggers yg dah share tips and ideas mana nak g di kuching dan juge pada rakanku Kannan serta Tn.Bong yg bagi Mah kek lapis.yeayy..

~Till we meet again~














2 ulasan:

Nurul Says berkata...

kebetulan last februari saya dan family pn ke kch. cantik kan tempat tu..nak revisit lg huhu

Unknown berkata...

Tq review blog sy.story psl kuching lum hbs lg sbb bz.huhu.nnt sy sambung story :)